Home » , » Lesen Memandu Baru (LMBT) 15 Julai Ini

Lesen Memandu Baru (LMBT) 15 Julai Ini

Written By pensel tajam on Ahad, 16 Jun 2013 | 17:11

Lesen Memandu Baru (LMBT) 15 Julai Ini | Dalam laporan berita pada Jumaat 14 Jun, memaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT).

Difahamkan pengeluaran lesen itu secara serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 15 Julai ini bagi menggantikan lesen kini yang telah digunakan sejak 1989.

Di samping itu, pelaksanaan lesen baru tersebut turut diperluaskan pengeluarannya di pejabat-pejabat pos di seluruh negara pada November tahun ini.

Antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi.

Kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan.





Sumber : sini

0 comments:

Catat Ulasan

Menarik Di Busuk

-->