Home » , , , » Kesan Rokok Elektronik Kepada Kesihatan

Kesan Rokok Elektronik Kepada Kesihatan

Written By pensel tajam on Jumaat, 28 Disember 2012 | 22:30




Kesan Rokok Elektronik Kepada Kesihatan | Dunia memang semakin canggih. Apa taknya sampai rokok pun dah jadi elektronik. Jadi apa itu rokok elektronik atau e-ciggaret ni? Yang pasti rokok elektronik adalah satu percubaan untuk mewujudkan sejenis rokok yang dikatakan mampu mengurangkan penggunaan rokok asal yang berasaskan tembakau yang pasti diketahui umum sebagai penyumbang kepada masalah berkaitan dengan kanser jantung.

Dilabelkan sebagai rokok yang selamat diguna, rokok elektronik ini dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama seperti anda merokok rokok asli kecuali ianya tidak berasap, tidak menghasilkan karbon monoksida dan juga tidak meninggalkan abu.

Penularan rokok elektronik ini sudah bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan sehingga tahun 2010, sudah ramai yang telah mula menjual rokok ini terutama melalui internet.

Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi

Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.

Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.

Bahaya Rokok Elektronik

Di sebalik kecanggihan rokok elektronik ini, ada yang mendakwa bahawa rokok elektronik ini sebenarnya lebih bahaya daripada rokok asli. Ini berdasarkan kepada bahan-bahan yang membentuk proses pengewapan.

“Tidak ada negara yang setuju penggunaan rokok elektronik. China sebagai penemu awal rokok ini, iaitu tahun 2003, selanjutnya justru melarang kewujudan rokok ini sendiri kerana dianggap membahayakan kesihatan.”

Secara terperincinya, dikatakan bahawa dalam rokok elektronik terkandung jenis nikotin yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Dan larutan nitrosamine ini nantinya kan menjadi penyebab terjadinya kanser. Sehingga sekarang isu samada rokok elektronik berbahaya atau tidak kepada kesihatan masih lagi dibahaskan. Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila menggunakan rokok eletronik ini, dan tidak kurang juga yang membuat dakwaan bahawa rokok elektronik ini adalah lebih bahaya daripada rokok asli.

Yang pasti, rokok elektronik ini tidak mengeluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tidak menyebabkan orang lain yang berada di sekeliling perokok elektronik menerima kesan buruk yang sama.

0 comments:

Catat Ulasan

Menarik Di Busuk

-->